Blogger Templates

Monday 14 November 2011

Lorong yang jarang Dilalui

Dalam seumur hidup,ada banyak lorong-lorong yg kita temui sama ada untuk ke kedai mahupun untuk bermain teng-teng.Tapi ada beberapa jenis lorong yg jarang orang nk lalu kecuali jika orang tu memamg suka lalu lorong jenis macam ni....

       LORONG GELAP

tak ramai yang nak lalu lorong gelap terutamanya perempuan.Kalau lalu karang takut macam-macam benda bole jadi.

      LORONG BELAKANG

Lebih kurang sama macam lorong gelap tadi.Jarang ada orang yang nak tempuh lorong belakang kecuali orang yang ada urusan di lorong belakang.

      LORONG PUAKA

Dah tau lorong tu berpuaka siapa pulak sanggup lalu lorong tu?tak pasal-pasal nampak benda bukan-bukan karang.mau demam lapan ratus tahun dibuatnya.

      LORONG HAJI TAIB

Paling seram dan paling jarang orang biasa jalan kat situ.Kebiasaannya orang biasa 'berniaga' dekat situ jek yang sanggup lalu lorong ni..

     LORONG BENAR

Lorong ni adalah lorong yang paling susah orang nak lalu.semuanya pakat lalu lorong yang tak benar sebab nak kaya cepat,nak menunjuk-nunjuk dengan harta duniawi semata-mata.Ikut lorong benar jawabnya sampai sudah pon x merasa laa makan lobster kat hotel..kan??

Friday 11 November 2011

5 soklan yang merosak kan perhubungan,,

Bila berada dalam perhubungan, perkara yang paling susah untuk kita kekalkan adalah kebahagiaan. Kadang kadang benda yang simple pun boleh membawa kepada pergaduhan yang besar. Ada yang sampai bercerai berai dan keluarga diabaikan. Bagi aku la, setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Dan untuk kekalkan kegembiraan, mesti ada sesetengah perkara yang kita perlu elakkan. Tadi aku terjumpa artikel tentang5 Questions You Should Never Ask Your Girlfriend. Bila aku baca, aku fikir ada betulnya apa yang ditulis tu. Jadi aku translate kan je la ya?


1. Lama lagi ke ni?

Apa yang sebenarnya isteri anda dengar: 
Aku duduk tercegat kat sini dalam kereta menunggu kau yang tengah packing beg baby, bagi kucing makan, balut hadiah, bercakap dengan mak kau, dan kunci rumah. Apa yang lembab sangat ni?

Kenapa soalan ini bahaya?
Ini menunjukkan anda sebagai suami langsung tidak memahami keadaan seorang isteri yang perlu berkemas sebelum memulakan perjalanan. Dan ini yang biasanya membuat wanita marah dan mudah naik angin. Kalau serahkan tugas-tugas tu semua kepada suami, maka tak ter'packing' la beg baby, kucing tak makan, hadiah tak terbalut dan rumah masuk pencuri.

2. Awak ni tak nak exercise sikit ke?

Apa yang sebenarnya isteri anda dengar:
Aku tengok kau ni makin hari makin gemuk. Dan aku rasa sebab kau dah lama tak exercise. Sebab tu badan macam badak je. 

Kenapa soalan ini bahaya?
Soalan ini membuatkan mereka merasa diri mereka diterima sebagai isteri hanyalah pada rupa dan bentuk badan. Ramai lelaki yang tak tahu yang perempuan biasanya makan bila tertekan. Dan sebagai pasangan, anda perlu memberi sokongan dan dorongan. 

3. Supper malam ni makan apa?
  
Apa yang sebenarnya isteri anda dengar: 
Tempat kau di dapur. Aku tak kesah kau bekerja sepanjang hari pun, sebab aku pun bekerja sepanjang hari. Yang penting, supper makan apa?

Kenapa soalan ini bahaya?
Ini boleh memberi tekanan yang hebat kepada isteri anda. Mereka merasakan segala tanggungjawab rumah adalah miliknya walaupun dia bekerja sepanjang hari mencari rezeki. Malah mungkin lebih lama daripada anda. 


4. Boyfriend awak dulu macam mana? 

Apa yang sebenarnya isteri anda dengar: 
Aku tak suka fikir pasal kau dengan orang lain. Walaupun aku tak tahu pasal boyfriend kau, apa yang aku nak dengar, dia tu jahat, muka buruk,tak bertanggungjawab, dan mak bapak kau tak suka dia. 

Kenapa soalan ini bahaya?
Sesetengah perempuan menganggap bahawa soal kekasih lama adalah suatu privasi yang tak patut ditanya. Ini kerana ia tiada kaitan dengan perhubungan sekarang dan suami tak ada hak nak tanya pasal kekasih lama. Semua orang ada rahsia dan privasi yang tak ingin kita ceritakan pada orang lain.


5. Kau bercakap dengan siapa tu? 

Apa yang sebenarnya isteri anda dengar: 
Aku tak percayakan kau. Dan aku tak suka tengok kau bercakap dengan lelaki lain. Kau milik aku dan kau kena ingat tu. 

Kenapa soalan ini bahaya?
Ini membuatkan mereka merasa dilayan seperti harta benda dan bukan seperti manusia biasa. Semua orang perlukan kawan dan suami kena faham itu. 




tips after break up..

Hello there! Korang semua pernah bercinta kemudian putus? Mesti ada yang pernah dan ada yang tak. Tak ada orang yang nak break up bila dah cinta tu kukuh. Tapi bila cinta tu dah rapuh dan goyah, berpisah merupakan satu pilihan. Dan tak semua orang mampu survive dengan betul selepas putus cinta. Ada yang sampai tak boleh buat kerja duk bermuram durja dan buat muka ayam berak kapur. Percayalah, setiap perkara ada penyelesaiannya. Aku ada brainstorm beberapa tips untuk korang!


Dekatkan diri dengan Allah SWT 

            Jikalau korang sedih atas segala yang terjadi, cuba lah mengadu kepada Allah.  Allah suka mendengar rayuan dan doa hambanya. Berdoalah agar dikuatkan hati menghadapi segalanya. Ingat niat hidup ini. Hidup kerana Allah dan bukan kerana kekasih. Jadi tak guna kenang pada yang tak sudi lagi. Allah maha segalanya.


Sibukkan diri dengan kerja

              Cara ni agak berkesan. Bila tumpuan yang korang berikan itu jitu terhadap kerja, otak akan mula lupa pada kekasih korang tu. Percaya atau tidak, cuba lah. Bayangkan, pagi korang bangun bersiap pergi mandi sampai tempat kerja, kemudian 100% all out kepada buat kerja kemudian balik rumah, berehat kejap. Korang mesti perlukan rehat yang banyak sebab energy dan otak banyak digunakan. Lepas berehat makan mandi solat apa semua, kemudian tidur. Ada ke masa nak fikir pasal si dia? Kebanyakan orang guna cara ni.


Cuba rasa nikmat hidup single 

            Bila fikir betul betul, memang ada banyak manfaat hidup single. Terutama bila lepas break up. Korang dapat rasa yang hidup ni bukan lagi berada di bawah kongkongan pasangan korang. Tak perlu fikirkan pasal perasaan si dia sebab hubungan dah berakhir. Dia nak cari orang lain pun itu hal dia, sekarang korang boleh enjoy! Percayalah, hidup single memang syok!

Beri masa untuk diri sendiri


            Korang baru sahaja melalui fasa yang teruk. Apa kata kalau korang cuba beri masa untuk diri sendiri untuk bercinta lagi. Mungkin bukan masanya lagi untuk korang mulakan hubungan baru. Berikan ruang dan peluang untuk korang merapatkan lagi hubungan dengan kawan dan keluarga. Ingatlah, kekasih bukan segalanya.


selamat mencube,,!:)

petua cantik sepanjang zaman..

1. Makan 8 kali sehari.

2. Pakai mekap tebal tebal.

3. Minum air paip 10 gelas setiap kali selepas mandi.

4. Tengok wayang setiap hari. Lagi bagus kalau sehari 2 kali.

5. Sajikan gulai lemak cili api dan sapukan pada muka. Kemudian makan baki yang tinggal.

6. Tangkap gambar muncung itik, upload ke blog dan juga facebook

7. Untuk cantikkan mata, tengok video porno setiap kali selepas makan.

8. Letakkan tangan pada pinggul kemudian kentut. Kepal tangan anda dan hidu sepuasnya. Untuk kesan yang lebih ketara, jilat tangan anda.

9. Buang semua pencuci muka dan gantikan dengan Axion. 

10. Adakan perlawanan gusti lembut bersama rakan rakan anda. 

booo kan die,,haha

ade seorg org putih ni..die baru dtg mlaysia....
pade 1 hari dye pegi la dekat sebuah kedai gunting rambut..
entah cam mana mata dia terbaca dekat pintu kedai tu tulis 'open' jadi 'oven'
fuyyooow!!..besarnye oven kt mlaysia ni..katanya dlm hati..
tiba2..
... enth cammna masok la sorang cina dalam kedai tu...
org putih ni pun terkejut..cakap dalam hati "gile ke ape org nie masuk dlm oven tu??"..
ntah semenenya...keluarla sorg negro dari kedai tu...
org putih tu pon ketawa la dengn bodohnye..."hahaha...kan dah hangus!!..sape suro masok dlm tu...

Sunday 14 August 2011

kisah boipren paling x gune..haha!

Hello sayang...

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...

bye-byee....

haha...

dush3x


jummelawakjum...

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )