Blogger Templates

Friday, 11 November 2011

tips after break up..

Hello there! Korang semua pernah bercinta kemudian putus? Mesti ada yang pernah dan ada yang tak. Tak ada orang yang nak break up bila dah cinta tu kukuh. Tapi bila cinta tu dah rapuh dan goyah, berpisah merupakan satu pilihan. Dan tak semua orang mampu survive dengan betul selepas putus cinta. Ada yang sampai tak boleh buat kerja duk bermuram durja dan buat muka ayam berak kapur. Percayalah, setiap perkara ada penyelesaiannya. Aku ada brainstorm beberapa tips untuk korang!


Dekatkan diri dengan Allah SWT 

            Jikalau korang sedih atas segala yang terjadi, cuba lah mengadu kepada Allah.  Allah suka mendengar rayuan dan doa hambanya. Berdoalah agar dikuatkan hati menghadapi segalanya. Ingat niat hidup ini. Hidup kerana Allah dan bukan kerana kekasih. Jadi tak guna kenang pada yang tak sudi lagi. Allah maha segalanya.


Sibukkan diri dengan kerja

              Cara ni agak berkesan. Bila tumpuan yang korang berikan itu jitu terhadap kerja, otak akan mula lupa pada kekasih korang tu. Percaya atau tidak, cuba lah. Bayangkan, pagi korang bangun bersiap pergi mandi sampai tempat kerja, kemudian 100% all out kepada buat kerja kemudian balik rumah, berehat kejap. Korang mesti perlukan rehat yang banyak sebab energy dan otak banyak digunakan. Lepas berehat makan mandi solat apa semua, kemudian tidur. Ada ke masa nak fikir pasal si dia? Kebanyakan orang guna cara ni.


Cuba rasa nikmat hidup single 

            Bila fikir betul betul, memang ada banyak manfaat hidup single. Terutama bila lepas break up. Korang dapat rasa yang hidup ni bukan lagi berada di bawah kongkongan pasangan korang. Tak perlu fikirkan pasal perasaan si dia sebab hubungan dah berakhir. Dia nak cari orang lain pun itu hal dia, sekarang korang boleh enjoy! Percayalah, hidup single memang syok!

Beri masa untuk diri sendiri


            Korang baru sahaja melalui fasa yang teruk. Apa kata kalau korang cuba beri masa untuk diri sendiri untuk bercinta lagi. Mungkin bukan masanya lagi untuk korang mulakan hubungan baru. Berikan ruang dan peluang untuk korang merapatkan lagi hubungan dengan kawan dan keluarga. Ingatlah, kekasih bukan segalanya.


selamat mencube,,!:)

No comments:

Post a Comment