Blogger Templates

Friday, 11 November 2011

5 soklan yang merosak kan perhubungan,,

Bila berada dalam perhubungan, perkara yang paling susah untuk kita kekalkan adalah kebahagiaan. Kadang kadang benda yang simple pun boleh membawa kepada pergaduhan yang besar. Ada yang sampai bercerai berai dan keluarga diabaikan. Bagi aku la, setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Dan untuk kekalkan kegembiraan, mesti ada sesetengah perkara yang kita perlu elakkan. Tadi aku terjumpa artikel tentang5 Questions You Should Never Ask Your Girlfriend. Bila aku baca, aku fikir ada betulnya apa yang ditulis tu. Jadi aku translate kan je la ya?


1. Lama lagi ke ni?

Apa yang sebenarnya isteri anda dengar: 
Aku duduk tercegat kat sini dalam kereta menunggu kau yang tengah packing beg baby, bagi kucing makan, balut hadiah, bercakap dengan mak kau, dan kunci rumah. Apa yang lembab sangat ni?

Kenapa soalan ini bahaya?
Ini menunjukkan anda sebagai suami langsung tidak memahami keadaan seorang isteri yang perlu berkemas sebelum memulakan perjalanan. Dan ini yang biasanya membuat wanita marah dan mudah naik angin. Kalau serahkan tugas-tugas tu semua kepada suami, maka tak ter'packing' la beg baby, kucing tak makan, hadiah tak terbalut dan rumah masuk pencuri.

2. Awak ni tak nak exercise sikit ke?

Apa yang sebenarnya isteri anda dengar:
Aku tengok kau ni makin hari makin gemuk. Dan aku rasa sebab kau dah lama tak exercise. Sebab tu badan macam badak je. 

Kenapa soalan ini bahaya?
Soalan ini membuatkan mereka merasa diri mereka diterima sebagai isteri hanyalah pada rupa dan bentuk badan. Ramai lelaki yang tak tahu yang perempuan biasanya makan bila tertekan. Dan sebagai pasangan, anda perlu memberi sokongan dan dorongan. 

3. Supper malam ni makan apa?
  
Apa yang sebenarnya isteri anda dengar: 
Tempat kau di dapur. Aku tak kesah kau bekerja sepanjang hari pun, sebab aku pun bekerja sepanjang hari. Yang penting, supper makan apa?

Kenapa soalan ini bahaya?
Ini boleh memberi tekanan yang hebat kepada isteri anda. Mereka merasakan segala tanggungjawab rumah adalah miliknya walaupun dia bekerja sepanjang hari mencari rezeki. Malah mungkin lebih lama daripada anda. 


4. Boyfriend awak dulu macam mana? 

Apa yang sebenarnya isteri anda dengar: 
Aku tak suka fikir pasal kau dengan orang lain. Walaupun aku tak tahu pasal boyfriend kau, apa yang aku nak dengar, dia tu jahat, muka buruk,tak bertanggungjawab, dan mak bapak kau tak suka dia. 

Kenapa soalan ini bahaya?
Sesetengah perempuan menganggap bahawa soal kekasih lama adalah suatu privasi yang tak patut ditanya. Ini kerana ia tiada kaitan dengan perhubungan sekarang dan suami tak ada hak nak tanya pasal kekasih lama. Semua orang ada rahsia dan privasi yang tak ingin kita ceritakan pada orang lain.


5. Kau bercakap dengan siapa tu? 

Apa yang sebenarnya isteri anda dengar: 
Aku tak percayakan kau. Dan aku tak suka tengok kau bercakap dengan lelaki lain. Kau milik aku dan kau kena ingat tu. 

Kenapa soalan ini bahaya?
Ini membuatkan mereka merasa dilayan seperti harta benda dan bukan seperti manusia biasa. Semua orang perlukan kawan dan suami kena faham itu. 




No comments:

Post a Comment